Semakan dan sekatan kandungan Twitch (perkhidmatan)

Kandungan berhak cipta

Pada 6 Ogos 2014, Twitch mengumumkan bahawa semua video on-demand di Twitch disasarkan cap jari akustik menggunakan sebuah perisian yang disediakan oleh syarikat perlindungan kandungan dinamakan Audible Magic; jika muzik berhak cipta (khususnya, lagu yang dimainkan oleh pengguna yang luar dari permainan yang mereka sedang main) dikesan, bahagian video yang berlangsung selama 30 minit yang mengandungi lagu itu akan disenyapkan. Siaran langsung tidak dikesan oleh penapis ini.[106][107] Satu sistem disediakan untuk mereka yang percaya bahawa mereka terjejas secara tidak patut dan mempunyai hak untuk muzik yang mereka gunakan untuk melawan penapis itu.[108] Twitch menawarkan pelbagai pilihan dari perpustakaan muzik bebas royalti bagi penstrim untuk mengguna, yang dikembangkan lagi pada akhir Januari 2015.[84] Sistem penapisan audio itu, bersama dengan kekurangan komunikasi atas perubahan secara umumnya, terbukti kontroversial antara kalangan pengguna. Dalam sebuah AMA Reddit, pengasas bersama, Emmett Shear mengakui bahawa kakitangannya telah "menyebabkan masalah" dan sepatutuna memberi peringatan terlebih dahulu mengenai perubahan tersebut, dan berjanji bahawa Twitch "tidak mempunyai sebarang niat langsung" untuk melakukan penapisan audio kepada strim langsung.[109]

Pada bulan Jun 2020, Twitch menerima sejumlah besar pemberitahuan mengenai penghapusan DMCA yang ditujukan terhadap VOD dan "klip" (potongan pendek dari VOD yang dipisahkan oleh penonton) yang berusia bertahun yang mengandungi muzik berhak cipta dari tahun 2017-19. Twitch mematuhi dengan penghapusan tersebut dan juga mengisukan beberapa amaran hak cipta terhadap penonton. Penstrim yang bimbang diberitahu bahawa mereka seharusnya membuang semua VOD dan klip jika mereka tidak pasti jika VOD dan klip tidak mengandungi bahan berhak cipta. Ini menimbulkan reaksi balas yang gegar, mengenai kehilangan kandungan yang sebelumnya tetapi juga berdasarkan kebimbangan mengenai keboleh gunaan disebabkan oleh ketidakmampuan untuk menyemak bahkan menghapus kandungan dengan cepat. Terdapat juga rungutan mengenai bahawa amaran masih dikeluarkan pada klip yang dibuat oleh penonton, walaupun kandungan yang dibuat oleh penstrim telah dibuang.[110][111][112]

Kandungan dewasa

Pengguna Twitch tidak dibenarkan untuk strim permainan yang dinilai "Adults Only" (AO) di Amerika Syarikat oleh Entertainment Software Rating Board (ESRB), tanpa menghirau nilainya di tempat lain, dan sebarang permainan video yang mengandungi "kandungan seksual yang terang" atau "keganasan yang tidak wajar", atau kandungan yang melanggar syarat penggunaan perkhidmatan pihak ketiga.[113][114]

Twitch juga secara eksplisitnya melarang beberapa permainan daripada distrim, tanpa mengira nilai permainan itu; ini termasuk permainan seperti BMX XXX, permainan novel visual eroge (seperti Dramatical Murder), HuniePop, Rinse and Repeat, Second Life, dan Yandere Simulator.[114][115][116][117] Larangan Yandere Simulator itu dikritik oleh YandereDev, pengembang permainan tersebut. Dia percaya bahawa permainan itu dikeluarkan secara sewenang-wenang tanpa sebarang penjelasan, kerana Twitch tidak melarang permainan lain yang mengandungi kandungan seksual atau keganasan yang sama seperti Mortal Kombat X, Grand Theft Auto, atau The Witcher 3.[118]

Twitch mengambil tindakan sementara pada Mei 2019 setelah saluran yang berkaitan dengan permainan video Artifact mula digunakan untuk kandungan yang kurang senonoh. Artifact, permainan besar yang dikembangkan oleh Valve, telah kehilangan sebahagian besar penontonnya hanya dalam beberapa bulan selepas pelancaran permainan itu, dan pada akhir Mei 2019, beberapa penstrim langsung yang terkenal mengatakan bahawa jumlah tontonan untuk strim Artifact telah menjunum sehingga hampir sifar. Pada hari-hari berikutnya, pelbagai strim mula membuat strim yang menyamar sebagai permainan Artifak tetapi sebenarnya melakukan trolling atau kandungan luar topik yang lain. Pada mulanya strim baru ini memainkan penonton atau merupakan sebuah jenaka, seperti menunjukkan video haiwan atau perlawanan dalam League of Legends . Selepas beberapa hari, strim saluran Artifact lain mula muncul, mengandungi kandungan yang bertentangan dengan syarat penggunaan Twitch, termasuk filem penuh yang berhak cipta, pornografi, propaganda Nazi, dan sekurang-kurangnya satu strim yang mempamerkan keseluruhan video oleh penembak dari penembakan masjid Christchurch. Nama strim-strim tersebut biasanya ditampilkan untuk menunjukkan bahawa mereka menunjukkan kandungan lain sementara menunggu untuk perlawanan dalam Artifact untuk kelihatan betul. Apabila berita tentang strim-strim tersebut dalam bahagian Artifak mulai heboh, Twitch mengambil tindakan dan menghapus akaun yang menstrim penembakan Christchurch itu.[119] Twitch kemudian mengambil langkah untuk melarang akaun baru untuk menstrim bagi sementara waktu sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut.[120] Menjelang bulan Jun 2019, Twitch mula mengambil tindakan undang-undang terhadap seratus penstrim "John Doe" di mahkamah California, menuduh mereka atas pelanggaran tanda dagangan, pelanggaran kontrak, penipuan, dan penggunaan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang yang membahayakan dan menakutkan pengguna perkhidmatan.[121][122]

Ucapan kebencian dan gangguan

Pada Februari 2018, Twitch mengemas kini polisis kandungan yang dibenarkannya dan menganggap bahawa mana-mana saluran yang mengarahkan ucapan benci atau gangguan dibuang dari platform itu.[123]

Pada bulan Jun 2020, sejumlah wanita mengeluarkan pelbagai tuduhan yang berkaitan dengan salah laku seksual dan tuntutan gangguan terhadap pelbagai penstrim di Twitch dan perkhidmatan yang lain.[124] Twitch mengatakan bahawa mereka akan menyemak semua insiden yang dilaporkan dan mematuhi dengan penguatkuasaan undang-undang dalam setiap usaha penyiasatan. Walau bagaimanapun, beberapa penstrim terkenal di perkhidmatan Twitch percaya bahawa platform tersebut dapat melakukan lebih banyak lagi untuk menilai individu-individu yang dituduh, mencegah kejadian, dan melindungi orang lain di masa depan, dan menggunakan 24 Jun 2020 sebagai hari pemadaman Twitch, tidak menstrim sebarang kandungan di Twitch untuk menunuk sokongan mereka.[125] Menjelang petang 24 Jun 2020, Twitch telah melarang beberapa akaun yang dituduh untuk beroperasi setelah menyelesaikan penyiasatan mereka, dan mengatakan dalam sebuah catatan blog bahawa mereka akan memberi maklumat tambahan kepada penguatkuasa undang-undang.[126]

Twitch secara sementara menggantung sebuah akaun yang dimiliki oleh kempen Presiden Donald Trump pada 29 Jun 2020 selepas saluran tersebut menggunakan platform itu untuk menstrim beberapa ucapan kempen Trump yang sebelumnya, termasuk sebuah perhimpunan kempen 2016 di mana dia memanggil orang Mexico perogol dan penjahat. Twitch mengatakan bahawa "tingkah laku kebencian tidak dibenarkan" sebagai alasan penangguhan saluran itu.[127]

Rujukan

WikiPedia: Twitch (perkhidmatan) http://www.adweek.com/news/technology/twitch-bids-... http://associationsnow.com/2015/01/gaming-gurus-re... http://www.businesswire.com/news/home/201204120054... http://www.cnet.com/news/steve-aoki-to-star-in-twi... http://www.cnet.com/news/twitch-pulls-the-plug-on-... http://www.dailydot.com/esports/twitch-growth-espo... http://www.destructoid.com/eve-online-adds-twitch-... http://www.destructoid.com/new-version-of-uplay-fe... http://www.espn.com/esports/story/_/id/18262358/20... http://www.espn.com/nba/story/_/id/21752221/nba-br...